Saturday, May 21, 2011

1.1 CERITA MITOS



Cerita Mitos

Asal Usul Kejadian di Dunia
ADAPUN tatkala langit akan terkembang dan bumi akan terhampar maka pada masa itulah nenek kita Nabi Adam ditempa dari tanah. Isi dunia ialah anak cucu Adam alaihissalam. Yang menjadi raja adalah anak Adam yang bongsu.

Adapun Adam dan isterinya telah beranak seramai tiga puluh sembilan orang. Anak Adam vang pertama berkahwin dengan anak yang kedua. Anak yang ketiga berkahwin dengan anak yang keempat, anak yang kelima berkahwin dengan anak yang keenam dan begitulah seterusnya. Anak Adam yang bongsu tidak memperoleh jodoh. Anak Adam yang bongsu ini dilarikan oleh malaikat kepada awan-gemawan. Maka berasa hairanlah Adam dengan isterinya, Hawa serta semua anak-anaknya itu; maka bertiuplah angin dari dalam syurga. Gendang Siraja Nobat juga dipalu; maka ditiup serunai Siradang Kacang; rebab dan kecapi juga dimainkan. Maka terkembanglah payung ubur-ubur maka menarilah anak-anak bidadari di dalam syurga, mereka terlalu suka melihat anak Adam yang bongsu di awan-gemawan itu. Maka terhamburlah bau-bauan yang sangat wangi dari dalam syurga; turunlah malai­kat dari langit yang ketujuh; maka bergoyanglah Kayu Sijratul-muntaha; terbukalah pintu Baitulmakmur. Maka malaikat-malaikat itu pergi menemui anak Adam yang bungsu itu.

Maka Adam dan isterinya melihat ke langit. Anak-anak mereka juga melihat ke langit. Paras anak Adam yang bongsu amat hebat, bertandukkan emas sejati-jati. Mereka pun berasa amat takut. Maka kedengaran suara dari puncak Bukit Kaf. Adam serta isterinya Hawa serta anak-beranak mereka melihat ke arah bukit itu. Mereka terlihat panji-panji terkembang di atas bukit itu seperti buih di laut putihnya. Adam dan isteri­nya Hawa serta anak-beranak mereka berasa hairan. Maka Nabi Adam pun meminta doa kepada Allah Taala, "Ya llahi, ya Rabbulalamin pertemukanlah juga hamba serta anak cucu hamba." Maka Allah Taala pun menurunkan anak Adam yang bongsu itu ke dunia.

Tatkala Allah Taala menurunkan anak Adam yang bongsu itu ke dunia, maka laut itu pun berombak. Maka ikan yang bernama Nun itu pun menghamburkan dirinya, maka bergeraklah seluruh bumi; antah-berantah rasanya alam. Sebab itulah maka bernama tanah Rom. Maka berkatalah segala anak-anak Adam yang laki-laki, "Maka sopan kita melihat rupanya." Maka anak Adam yang bongsu itu pun diturunkan oleh malaikat ke bumi yang suci; antara Pasirik dan Pasirung, antara Masyrik dan Maghrib, antara timur dan selatan, antara Bukit Siguntang Mahameru, adalah yang bernama tanah Rom kini.

Maka dikeluarkan Allah anak Indo Jati selapan orang ber­nama Cati Reno Sudah. Amat baik rupa parasnya dan lagi manis pada mulutnya. Itulah jadi angkat-angkatan sembah kepada anak Adam semuanya. Maka berkampunglah semua anak Adam itu. Katanya, "Takut kami hai saudara kami akan tandukmu itu." Maka anak Adam yang bongsu itu pun mengerat tanduknya. Sekerat menjadi Mahkota Sanggohani. Sekerat jadi Lembing Lembuara. Sekerat menjadi gemala sati (sakti). Sekerat jadi tudung saji. Sekarat jadi pinang pasir. Sekerat jadi sirih udang tempawari, tampuknya kuning dan gagangnya merah, daunnya digelar ubat jadi Tembaga Siramin Kota.

Maka turunlah segala malaikat dari langit yang ketujuh akan anak Adam yang mempunyai tanduk itu. Raja Iskandar namanya, Dzulkarnain gelarnya, yang mempunyai dua kerajaan dunia. Ertinya kerajaan di Masyrik dan kerajaan di Maghrib. Maka berkata anak-anak Adam semuanya, "Jika demikian kata malaikat, kami mengikut semuanya."

Maka berkatalah Raja Iskandar itu kepada segala sembarangan itu, "Siapatah akan jadi kakitangan hamba? Siapatah akan mengiringkan hamba? Siapatah akan membawa payung hamba? Siapatah pula yang akan memerintahkan kerajaan hamba?" Maka menyahutlah segala saudaranya, "Sekalian kami yang banyak ini akan memeliharakan dan memerintahkan kerajaan dalam alam ini kerana raja itu sudah lengkap dengan kelengkapannya serta gadang (besar) yang kegadangannya.

Maka berapa lamanya, laut itu pun menyentak. Maka di-tumbuhkan oleh Allah Taala segala bukit dan jadi pasak bumi, antara laut disabung ombak. Maka Raja Iskandar itu pun hendak beristeri. Maka turunlah malaikat dari langit. Maka kedengaranlah suara dari atas arasy Allah Taala, demikian bunyinya, "Jikalau raja itu hendak beristeri, jemputkan anak bidadari dari dalam syurga. lalah yang bernama Puti (Puteri) Sri Alam." Maka malaikat itu pun turun ke dunia lalu ke dalam syurga. Maka di dalam syurga itu didapatinya anak bidadari itu sedang bertenun kain. Sang Sita Kala namanya. Maka ber-kata malaikat Jibrail, "Hai anak-anak bidadari, marilah kita turun ke dunia kerana titah Allah Taala engkau akan jadi isteri raja di dalam dunia."
Maka menangislah anak-anak bidadari semuanya di dalam syurga itu. Maka menyahut anak bidadari yang bertenun itu, "Betapalah hamba suka pergi ke dunia kerana hamba sedang bertenun." Maka kata Jibrail, "Jikalau mahu engkau mengikut titah Allah, bawalah olehmu akan tenun engkau ini ke dunia." Maka segeralah anak bidadari menggulung tenun itu.

Maka dipalu oranglah di dalam syurga berbagai bunyi-bunyian, gegak gempita azamat bunyinya. Maka segala anak-anak bidadari itu pun menari. Maka anak bidadari itu digu-lungnya tenun itu serta pisau kecil itu, Si Gulandak dipersunting di telinga kanan. Maka berkatalah malaikat kepada anak-anak bidadari, "Bawa olehmu segala pakaianmu ke dunia supaya tahu orang dunia meniru meneladani." Maka bertemulah tanah Rom. Maka diturunkanlah Allah malaikat empat orang dan jadi saksi dan wall mengahwinkan Raja Iskandar itu. Maka dengan takdir Allah, lamalah pula sudah kahwin, maka dikeluarkan Allah Taala unggas dari dalam syurga menentukan silang selanak dalam dunia. Daripada unggas itu ber-olehlah pengajaran segala hamba Allah dalam negeri Rom itu. Sungguhpun unggas tetapi pada batinnya unggas itu malaikat.     

Maka beranaklah Raja Iskandaf Dzulkarnain tiga orang laki-laki ketiga-tiganya. Nan seorang bernama Maharaja Alif, nan seorang bernama Sultan Sri Maharaja Dipang, nan se­orang bernama Sri Maharaja Diraja. Maka apabila sudah baligh ketiga-tiganya, maka memandanglah Daulat Yang Dipertuan ke Masyrik, tentang itu semuanya rantau kita. Dan, Daulat Yang Dipertuan memandang hala ke Maghrib; tentang itu semuanya rantau kita. Dan, memandang pula ia ke selatan; tentang itu semuanya rantau kita. Dan, memandang Daulat Yang Dipertuan ke utara; tentang itu semuanya rantau kita.

Maka bermuafakatlah ketiga-tiga anakanda Iskandar Dzulkarnain, "Ke mana kita akan berjalan?" Maka meman­danglah ia ke Maghrib, tibalah antara laut disabung ombak. Maka hendaklah Daulat Yang Dipertuan akan belayar, maka muafakatlah ketiganya di Pulau Langkawi antara Bukit Siguntang Mahameru ialah dalam Laut Selatan. Maka seorang hendak Mahkota Sanggohani, maka berebutlah ketiganya, maka jatuh-lah mahkota itu ke dalam laut. Maka diperbuat cembul kaca oleh Cati Bilang Pandai, maka dilihatnya emas sejati-jati, maka daripada emas itu diperbuatnyalah Mahkota Sanggohani. Apa­bila mahkota itu siap, tukangnya dibunuh; tidak boleh ditiru lagi.

Maka berasa hairanlah raja nan bertiga. Mereka pun bela­yar. Sri Maharaja Dipang nan jatuh ke benua China, kudanya berpelana emas. Dialah nan kerajaan di benua China. Maka melompat kudanya lalu ke udara. Anakanda Iskandar nan seorang lagi kembali pulang ke tanah Rom. Dialah nan mem punyai cukai tepawi Perancis dan Inggeris dan Belanda, itulah yang memerintah negeri Rom, juga enam puluh ribu negeri yang besar-besar lalu ke tanah Makkah; raja Rom nan mem­ber! makan orang isi negeri Makkah dan Madinah.

Sultan Sri Maharaja Diraja, anakanda bongsu Raja Iskandar Dzulkarnain belayar ke Pulau Jawi enam belas orang serta pengiring anjing yang mualim dan kucing Siam dan harimau Campa. Maka diperoleh perahu kayu jati. Maka dari sana terus belayar dan tiba di Pulau Perca, Pulau Emas. Maka pecahlah perahu itu di seberang, maka muafakatlah angkat-angkat itu kerana takut pada raja. Maka berflkirlah Cati Bilang Pandai akan memperbaiki perahu itu. Maka bertitahlah Dau-lat Yang Dipertuan, "Jika kamu dapat baiki perahu itu kembali seperti asalnya, maka aku ambil kamu jadi menantuku."

Maka sukalah segala yang berakal dalam perahu itu. Maka diperbaiki perahu itu seperti dahulunya. Maka berasa hairan-lah raja. Maka Allah Taala maha kasih akan raja, maka di-jadikan Allah Taala anak empat orang manusia lima dengan anak raja. Maka belayarlah raja ke Pulau Jawi, maka berbalik dari Pulau Jawi kembali ke Gunung Merapi sendirinya. Maka apabila anak itu sudah baligh, maka dinikahkan anak itu lima orang perempuan dengan lima orang lelaki nan perbaiki perahu tadi.                   
            
Maka lamalah antaranya, maka laut itu pun menyentak kering. Maka ditumbuhkan oleh Allah Taala rumpai tiga jalur-nya di atas gunung itu. Sejurai ke Tanah Datar, sejurai ke Lubuk Agam, sejurai ke ranah Lima Puluh. Maka disuruh anak nan lima orang tadi. Seorang ke ranah Tanah Datar ada-lah anak raja; seorang ke Kubang ialah anak anjing tadi; seorang ke ranah Lima Puluh ialah anak kambing tadi; se­orang ke Lubuk Agam ialah anak harimau Campa namanya; dan seorang ke Padang Kota Lawas ialah anak kucing Siam tadi. Maka berilmu raja itu kepada segala alam maka men dapat di Galundi Nan Baselo namanya ialah nan turun ke ranah Tanah Datar. Tatkala itu belum ada lagi Datuk Ketumang-gungan dan Datuk Perpadh Nan Sebatang.

Maka lamalah antaranya, maka kembanglah segala anak raja tadi. Maka dikeluarkan Allah rusa seekor dari dalam laut kepada negeri itu. Maka muafakatlah segala isi negeri akan menangkap rusa itu. Maka bicaralah segala isi negeri itu kepada Datuk Suri Diraja kerana habislah pendapat isi negeri itu. Maka berkatalah Datuk Suri Diraja, "Terlebih mudah menangkap rusa itu. Ambil olehmu rotan sehelai dan perbuatlah jerat. Naik perahu dan jerat tanduknya." Maka dibuatlah seperti kata Datuk Suri Diraja. Maka kena tanduk rusa itu. Maka berkata Datuk Suri Diraja kepada laras, "Helalah bersama-sama." Maka disembelihiah rusa itu.

Maka muafakatlah isi negeri semuanya akan mencari nama yang baik bagi negeri itu. Maka dinamakan Pariangan, Perungan dahulunya. Maka pindahlah pula hulubalang raja ke Batu Gadang. Hulubalang raja itu menyandang pedang panjang. Maka dinamai Cati Bilang Pandai serta Datuk Suri Diraja ialah Paringan Padang Panjang namanya.

Maka muafakatlah semua isi negeri Pariangan Padang Panjang akan menamai penghulu kepada dua negeri itu. Datuk Maharaja Besar menjadi penghulu di Padang Panjang dan Datuk Bendahara Kaya menjadi penghulu di Pariangan. Datuk Maharaja Besar dan Datuk Bendahara Kaya ialah nan gadang masa dahulu sebelum Datuk Ketumanggungan dan Datuk Perpatih Nan Sebatang.

Maka muafakatlah semua isi negeri akan berbuat balai-rung panjang akan tempat Daulat Yang Dipertuan duduk. Maka menitah raja kepada Cati Bilang Pandai akan berbuat balairung panjang itu. Tiangnya teras jelatang, perannya akan lundang, bendulnya teras bayam dan tataran sagar jintan, nan bata buah pulut-pulut, nan pagar tiang jangek tunaa, nan bergendang seliguri, dan nan bercanang sad jajin yang per-buatan si raja jin nan diam di rimba lawang. Maka dikeluar-kanlah caklempong sati (sakti) ialah perbuatan Si Gelembai Tunggal. Maka sukalah hati raja dan penghulu. Maka balai itu dihias pula dengan lapik belalang.

No comments:

Post a Comment