Saturday, May 21, 2011

2 Cerita Legenda

Cerita Legenda

CERITA legenda merupakan huraian atau pernyataan ber-corak cerita yang berlatarkan masa atau sejarah yang masih boleh diingati dan lebih bersifat tempatan. Berbanding dengan cerita mitos, cerita legenda tidak dianggap sebagai suci atau kudus oleh masyarakat pemiliknya. Walau bagai-manapun, cerita ini dipercayai sebagai benar-benar berlaku oleh masyarakat penciptanya dengan menyandarkan tanda-tanda alam sebagai bukti kebenarannya.

Tokoh-tokoh yang diperkatakan dalam cerita legenda selalunya memiliki keistimewaan, kehebatan, kehandalan, dan sifat-sifat yang luar biasa. Sungguhpun begitu, sifat-sifat sedemikian tetap tidak dapat menjamin seseorang tokoh tersebut mengatasi hukum alam semula jadi.
Secara umum, cerita legenda dapat dibahagikan kepada legenda tokoh (pemimpin, pahlawan, pendosa), legenda nama tempat, legenda keagamaan (keramat), dan legenda memorat, iaitu tentang pengalaman peribadi terhadap hantu (Mohd. Khalid Taib, 1991).

Puteri Sa'dong
DI SEBELAH utara Semenanjung Mas ada tersebut kerajaan yang diperintah oleh seorang raja. Raja yang tidak ada tolok bandingnya di pesisir Lautan Hindi. Negeri baginda bernama Kedah. Baginda bergelar Raja Bersiung. Dalam negeri baginda ada sepasang suami isteri, yang laki-lakinya bernama Megat Hamat dan yang perempuan bernama Raja Muyam. Raja Ber­siung ini bertaring dan bertanduk serta makan orang pada zaman dahulu.

Pada satu hari, raja suruh tuk nujum istana tilik tengok siapa perut besar dalam negeri. Kalau beranak jantan bunuh, kalau beranak betina pelihara. Setelah tilik tengok. Raja Muyam perut besar tujuh bulan dalam perut, sudah dekat hendak beranak. Selepas itu pergi menghadap raja, beritahu Raja Muyam mengandung. Kalau mengandung tujuh bulan bawa ke istana, kena pelihara sini. Kalau jantan kena bunuh, kalau betina kena pelihara. "Kena pergi ambil," titah raja. Tiba-tiba belum sampai wakil raja. Raja Muyam sudah beranak. Maka Mahmud sembah pada tuanku Raja Bersiung.

"Tuanku, budak yang baru lahir itu jantan!"
"Kalau jantan Mahmud pergilah ambil Wak Istana Raja tukang bunuh orang. Kata pada Megat Hamat, sia sahaja jadi kudis jadi menanah kalau pelihara anak jantan," perintah raja kepada Mahmud.

Maka Mahmud pun bawa pergi bersama empat orang suruhan raja. Mereka bungkus budak kecil dalam kain. Mereka berjalan sampai tepi laut. Maka kata Wak Istana Raja, "Hai sekalian sahabat, aku tidak tergamak hendak bunuh budak kecil ini, datang rasa belas kasihan, tidak sampai hati. Aku rasa kita buat begini, kita tebang buluh betung buat rakit, kemudian kita hanyutkan budak ini dalam kotak atas rakit. Kita hanyutkan ke laut. Ikutnyalah apa jadi pun, hendak kena makan ke ikan pari itu pun."       
       
"Yalah, hamba setuju," kata Mahmud. "Kerana budak ini tidak buat dosa, biarlah; kalau untung sabut timbul untung batu tenggelam."

Bila balik, mereka itu sembelih kambing supaya mata parang kena darah sebagai bukti pada raja. Masa budak itu hanyut ikut air ke hulu ke hilir sebelum sampai ke tengah laut. Maka takdir Tuhan, datang ikan kecil tolak rakit ke tepi pantai. Maka sampailah ke sebuah negeri, Jembal namanya. Masa rakit hanyut itu sampai hampir dengan pantai maka dilihat oleh sepasang suami isteri yang sedang bercucuk tanam. Mereka dipanggil Pak Mandul dan Mak Mandul, lantaran tidak pernah beranak. Mereka pun ambil budak itu bawa balik. Mereka pun pelihara budak itu penuh kasih sayang.

 Tidak lama kemudian, budak itu pun besarlah. Maka di-beri nama Tuk Lahir. Setelah cukup dewasa maka Tuk Lahir pun kahwin dan dapat anak seramai tujuh orang. Yang sulung Raja Loyar, lepas itu Raja Umar, Raja Dolah, Raja Baha, Raja Sungai, Raja Udang, yang bongsu Raja Ekor. Dipendek-kan cerita. Raja Loyar menikah dengan Cik Siti Wan Beriman, dapat anak diberi nama Puteri Sa'dong. Kemudian Puteri Sa'dong pula nikah dengan Raja Abdullah dari Padang Halban.

Mulanya dia tidak mahu nikah lagi tetapi desakan Raja Siam yang bila-bila masa akan datang mengambilnya maka Puteri Sa'dong pun setuju berkahwin dengan Raja Abdullah. Menikahlah dengan Raja Abdullah sepupu dia.

Lepas menikah itu, Raja Siam hendak ambil juga walaupun Raja Jembal hantar tiga kali bunga emas kepada Raja Siam tetapi dia datang ambil juga.
"Ramai hulubalang Siam datang. Kita tidak boleh lawan sebab kita tidak bersatu. Dolah, serahlah bini kamu kalau hendak negeri ini aman," kata mentua Raja Abdullah.
"Baik kata ayah, baiklah pada hamba. Sudah kalau begitu mereka mahu, kita beri," sambung Raja Abdullah.

Setelah bawa balik ke Siam dan duduk dalam istana Raja Siam selama tujuh hari tujuh malam, maka Raja Siam pun hendak bersetubuh dengan Puteri Sa'dong. Tetapi, diludahinya Puteri Sa'dong kemaluan Raja Siam yang sudah berkudis, menjadi lebih parah dan melarat. Maka tuk nujum pun dipanggil menilik keadaan Raja Siam.

"Oh! Ini semua kerana tuanku bawa balik perempuan canrik ini. Dia darah lain, tuanku darah lain, maka tidak boleh bersama," kata tuk nujum.
"Betul begitu, tuk nujum?"
"Betul, tuanku."            ;
"Duduk seketika sial sungguh, sayang pulak 'hendak hantar balik."

Lebih kurang enam bulan. Raja Siam hendak bersetubuh pula. Kena ludah di dada sahaja pula lebih teruk dari dahulu. Barulah Raja Siam percaya. Ini memaksa persiapan untuk menghantar balik Puteri Sa'dong pun dibuat. Di pertengahan jalan, iaitu sampai di Pattani, belayar ikut kapal laut masa itu, dia ambil Tuk Ali di Pattani buat pengiring Puteri Sa'dong. Orang alim itu, nama pertamanya Tuk Tupat, kedua Tuk Taba, ketiga Tuk Kemayan, keempat Tuk Tanggok, kelima Tuk Leban, keenam Tuk Datu. Orang tujuh orang itu semuanya mati, tinggal dua orang tidak mati pengiring yang bawa balik Puteri Sa'dong. Apabila sampai di Jembal.
"Kamu balik, Sa'dong," kata ayahnya.
"Ya, patik balik, ayah. Ada orang hantar, ini."
"Raja Dolah kamu tidak ada sudah."
"Sudah pergi ke mana?" Tanya Puteri Sa'dong.
"Nikah dengan orang lain. Sudahlah. Sudah kamunya diambil kepada Raja Siam, tentu buat jahat dengan Raja Siam kafir itu."

"Alah, tidak begitu ayah! Hamba suci. Raja Siam tidak boleh buat apa-apa kepada hamba."
"Tidak boleh percaya. Sudahnya diambil kepada Raja Siam, raja besar, rakyat jelata ramai, hulubalang kuat-kuat belaka, siapa hendak percaya kata kamu ini?"
"Tidak, ayah. Nik tidak buat apa-apa. Nik ada saksi. Nik bawa balik saksi. Ini, Tuk Leban."
"Aku tidak mahu dengar. Aku sudah tahu. Dianya dibawa pergi kepada orang, kamu hendak buat macam mana. Kamu ini betina, dia jantan, raja lagi, siapa hendak percaya kata-kata kamu ini? Aku malu kepada orang kampung."
"Ayah tidak percaya, tidak apalah. Dia nikah dengan siapa?"
"Dia nikah dengan anak Raja Bukit. Namanya Tuan Puteri Sekuntum Bunga."
"Dia tinggal di mana?"                  ;
"Duduk di Mahligai Melur."

Itulah nama Kampung Mahligai sekarang ini tidak jauh dari pekan Melur. Puteri Sa'dong pun pergilah. Dia ajak Tuk Leban sebagai saksi. Lama sampainya di kawasan rumah Raja Abdullah. Setelah Raja Abdullah lihat Puteri Sa'dong balik, dia terkejut.
"Cis, ibu Siam! Aku tidak suka, aku tidak rela kamu balik ke rumah aku ini. Kamu bukan bini aku. Kamu gundik Raja Siam."

"Alah, Abang Lah. Buat apa buat kepada hamba begini? Dengarlah dahulu hamba hendak cerita ini. Bukankah hamba balik dengan saksi ini?"
Maka Raja Abdullah geram tengok saksi Puteri Sa'dong. Dia ambil pedang lalu pancungTuk Leban lalu matilah. Maka mayat Tuk Leban dikuburkan di kubur Melur; ada orang panggil Padang Medan. Ada sampai sekarang ini, boleh pergi tengok.

"Kamu Sa'dong, mana-mana pun aku tidak terima kamu ini.”
"Alah, Abang Lah. Tidak mahu terima hamba?"
"Aku malu. Aku tidak mahu terima kamu, binatang ibu Siam. Mana boleh aku orang Melayu, kamu orang Siam?"
"Alah, Abang Lah. Sampai hati buat hamba begini."
"Kamu tidak usah merayu akulah, Sa'dong. Aku tidak percaya."

Raja Abdullah pun ambil pedang lalu pancung tengkuk Puteri Sa'dong. Tidak kena. Lalu dia ambil keris luk tujuh lalu tikam tubuh Puteri Sa'dong kena di lambung sebelah kiri dan tembus kepada sebelah kanan. Puteri Sa'dong cabut keris itu; keluar darah putih lalu pengsan. Raja Abdullah pun teringat pesan Puteri Sa'dong masa jadi isterinya dahulu. Kalau dia pengsan ambillah penawar dalam sanggul dia dan ubatlah penyakitnya. Lalu Raja Abdullah pun buka sanggul Puteri Sa'dong ambil penawar dan bubuh tempat luka. Maka Puteri Sa'dong pun sedarlah.

"Oh, Abang Lah tikam hamba?"
"Ya!" Kata Raja Abdullah.
"Kalau benar-benar Abang Lah benci dan sampai hendak bunuh hamba, maka sampailah masanya Abang Lah saat berpisah kita berdua."
Maka Puteri Sa'dong pun pejamlah mata menyeru panggil segala ilmu kesaktian yang diwarisi dari nenek moyangnya lalu mengisi penuh 2ahir batinnya dengan segala ilmu kebal dan kesaktian. Lalu menukar wajah dan dirinya menjadi panglima yang gagah perkasa.

"Hai, cucuk sanggul sakti dari titik Dewa Visnu. Hai, Cengkaman Rajawali. Hai Harimau Cula Sakti, bantulah aku untuk membunuh musuh di depanku ini."
Maka dengan sekelip mata, secepat kilat Puteri Sa'dong menerkam dan menikam Raja Abdullah kena labu susu. Matilah Raja Abdullah dan dikebumikan di Padang Halban dekat dengan Sekolah Kebangsaan Raja Abdullah. Kubur itu dikunjungi keturunan baginda hingga hari ini. Puteri Sa'dong pun balik jumpa ayahnya.

"Abang Lah mati sudah hamba tikam dengan pacak sanggul."
"Buat apa kamu tikam dia?"
"Dia tikam hamba dahulu!"
"Celaka kamu!" Kata ayah Puteri Sa'dong.
"Kalau begitu, orang habis benci kepada hamba juga, hamba larilah."
"Berambus pergilah ikut kamu," kata ayah Puteri Sa'dong.
Puteri Sa'dong pun pergi ke Kampung Alor Lada tempat Awang Selamat.
"Abang Mat, hamba hendak pergi sudahlah kerana orang habis tidak percaya kepada hamba. Hamba hendak pergi jatuh ke mana jatuhnya Abang Mat."
"Ah! Kalau begitu juga Nik, biarlah hamba pergi juga. Nik rebah kepada kiri, hamba rebah kepada kiri. Nik rebah kepada kanan, hamba rebah kepada kanan."

Setelah siap memakai, Awang Selamat pun turun ke laman lalu hempas golok besar arah tanah. Maka jadilah alur dipang-gil Sungai Bab sekarang ini. Kemudian berjalan tidak berapa lama, Awang Selamat pun hempas lagi goloknya kerana terlalu berat. Maka kata Puteri Sa'dong, "Buat apa Abang Mat hem­pas golok ini? Bukan kita tidak ada apa-apa senjata, ini?"

' Awang Selamat pun ambil semula golok ini maka jadilah Sungai Golok sekarang ini. Maka berjalanlah Puteri Sa'dong dengan Awang Selamat. Sampai tengah jalan, dia ambil emak saudara dia. Namanya Cik Siti Jarum Bergilir.

Jalan punya jalan, maka sampailah dia di bukit yang ber-nama Bukit Marak. Awang Selamat pun membina sebuah istana di dalam sebuah gua di Bukit Marak. Ada sampai sekarang.
Lama-kelamaan, maka ramailah segala rakyat suka jadi rakyat Puteri Sa'dong. Semua mereka itu berteduh di bawah payung kesaktiannya, dan mengaku menjadi rakyat padanya.

Duduk tidak lama, maka jadilah Bukit Marak aman mak-mur ramai rakyat jelata. Orang-orang ini berhubunglah dengan Puteri Sa'dong. Kalau ada kenduri-kendara boleh pinjam per-kakas emas, pinggan mangkuk dan lain-lain benda.

Sebab itu, orang kata, banyak orang banyak cara. Ada orang pinjam barang itu tidak hantar balik. Pinggan mangkuk tuan puteri banyak pecah. Semakin lama semakin sikit. Lama-kelamaan tuan puteri pun merajuk lalu pakat dengan inang pengasuh hendak pindah. Mana perkakas kaca yang tidak hantar itu dia buat jadi tanah. Mana emas perak itu buat jadi arang jadi batu.
Maka mereka pun pergilah ke hala hulu Sungai Kelantan. Awang Selamat pun tebas hutan. Lama-kelamaan sampai ke satu tempat bernama Gunung Reng dekat hulu Kelantan. Masa di Gunung Reng, Puteri Sa'dong sudah merajuk dan tidak nampak dirinya, hanya nampak setakat pergelangan tangan sahaja.

Duduk di Gunung Reng tujuh tahun, maka pindah ke Gunung Tebu di Jertih, Terengganu. Sekarang ini Puteri Sa'dong duduk Bukit Gunung Ayam. Tempat ini tidak ada siapa boleh pergi. Mungkin barang bisa, jadi mati benda hidup kalau lalu. Orang Asli saja boleh pergi. Mungkin akan sehingga ratus-ratus ribu tahun sampai ke kitalah ini. Itulah ceritanya perihal Puteri Sa'dong anak Raja Jembal ini.

Sumber: Disesuaikan daripada penceritaan
Wan Sulaiman bin Wan Idris (atau Tok Wan), 1997. Kampung Penambang, Kota Bharu, Kelantan.

1.1 CERITA MITOS



Cerita Mitos

Asal Usul Kejadian di Dunia
ADAPUN tatkala langit akan terkembang dan bumi akan terhampar maka pada masa itulah nenek kita Nabi Adam ditempa dari tanah. Isi dunia ialah anak cucu Adam alaihissalam. Yang menjadi raja adalah anak Adam yang bongsu.

Adapun Adam dan isterinya telah beranak seramai tiga puluh sembilan orang. Anak Adam vang pertama berkahwin dengan anak yang kedua. Anak yang ketiga berkahwin dengan anak yang keempat, anak yang kelima berkahwin dengan anak yang keenam dan begitulah seterusnya. Anak Adam yang bongsu tidak memperoleh jodoh. Anak Adam yang bongsu ini dilarikan oleh malaikat kepada awan-gemawan. Maka berasa hairanlah Adam dengan isterinya, Hawa serta semua anak-anaknya itu; maka bertiuplah angin dari dalam syurga. Gendang Siraja Nobat juga dipalu; maka ditiup serunai Siradang Kacang; rebab dan kecapi juga dimainkan. Maka terkembanglah payung ubur-ubur maka menarilah anak-anak bidadari di dalam syurga, mereka terlalu suka melihat anak Adam yang bongsu di awan-gemawan itu. Maka terhamburlah bau-bauan yang sangat wangi dari dalam syurga; turunlah malai­kat dari langit yang ketujuh; maka bergoyanglah Kayu Sijratul-muntaha; terbukalah pintu Baitulmakmur. Maka malaikat-malaikat itu pergi menemui anak Adam yang bungsu itu.

Maka Adam dan isterinya melihat ke langit. Anak-anak mereka juga melihat ke langit. Paras anak Adam yang bongsu amat hebat, bertandukkan emas sejati-jati. Mereka pun berasa amat takut. Maka kedengaran suara dari puncak Bukit Kaf. Adam serta isterinya Hawa serta anak-beranak mereka melihat ke arah bukit itu. Mereka terlihat panji-panji terkembang di atas bukit itu seperti buih di laut putihnya. Adam dan isteri­nya Hawa serta anak-beranak mereka berasa hairan. Maka Nabi Adam pun meminta doa kepada Allah Taala, "Ya llahi, ya Rabbulalamin pertemukanlah juga hamba serta anak cucu hamba." Maka Allah Taala pun menurunkan anak Adam yang bongsu itu ke dunia.

Tatkala Allah Taala menurunkan anak Adam yang bongsu itu ke dunia, maka laut itu pun berombak. Maka ikan yang bernama Nun itu pun menghamburkan dirinya, maka bergeraklah seluruh bumi; antah-berantah rasanya alam. Sebab itulah maka bernama tanah Rom. Maka berkatalah segala anak-anak Adam yang laki-laki, "Maka sopan kita melihat rupanya." Maka anak Adam yang bongsu itu pun diturunkan oleh malaikat ke bumi yang suci; antara Pasirik dan Pasirung, antara Masyrik dan Maghrib, antara timur dan selatan, antara Bukit Siguntang Mahameru, adalah yang bernama tanah Rom kini.

Maka dikeluarkan Allah anak Indo Jati selapan orang ber­nama Cati Reno Sudah. Amat baik rupa parasnya dan lagi manis pada mulutnya. Itulah jadi angkat-angkatan sembah kepada anak Adam semuanya. Maka berkampunglah semua anak Adam itu. Katanya, "Takut kami hai saudara kami akan tandukmu itu." Maka anak Adam yang bongsu itu pun mengerat tanduknya. Sekerat menjadi Mahkota Sanggohani. Sekerat jadi Lembing Lembuara. Sekerat menjadi gemala sati (sakti). Sekerat jadi tudung saji. Sekarat jadi pinang pasir. Sekerat jadi sirih udang tempawari, tampuknya kuning dan gagangnya merah, daunnya digelar ubat jadi Tembaga Siramin Kota.

Maka turunlah segala malaikat dari langit yang ketujuh akan anak Adam yang mempunyai tanduk itu. Raja Iskandar namanya, Dzulkarnain gelarnya, yang mempunyai dua kerajaan dunia. Ertinya kerajaan di Masyrik dan kerajaan di Maghrib. Maka berkata anak-anak Adam semuanya, "Jika demikian kata malaikat, kami mengikut semuanya."

Maka berkatalah Raja Iskandar itu kepada segala sembarangan itu, "Siapatah akan jadi kakitangan hamba? Siapatah akan mengiringkan hamba? Siapatah akan membawa payung hamba? Siapatah pula yang akan memerintahkan kerajaan hamba?" Maka menyahutlah segala saudaranya, "Sekalian kami yang banyak ini akan memeliharakan dan memerintahkan kerajaan dalam alam ini kerana raja itu sudah lengkap dengan kelengkapannya serta gadang (besar) yang kegadangannya.

Maka berapa lamanya, laut itu pun menyentak. Maka di-tumbuhkan oleh Allah Taala segala bukit dan jadi pasak bumi, antara laut disabung ombak. Maka Raja Iskandar itu pun hendak beristeri. Maka turunlah malaikat dari langit. Maka kedengaranlah suara dari atas arasy Allah Taala, demikian bunyinya, "Jikalau raja itu hendak beristeri, jemputkan anak bidadari dari dalam syurga. lalah yang bernama Puti (Puteri) Sri Alam." Maka malaikat itu pun turun ke dunia lalu ke dalam syurga. Maka di dalam syurga itu didapatinya anak bidadari itu sedang bertenun kain. Sang Sita Kala namanya. Maka ber-kata malaikat Jibrail, "Hai anak-anak bidadari, marilah kita turun ke dunia kerana titah Allah Taala engkau akan jadi isteri raja di dalam dunia."
Maka menangislah anak-anak bidadari semuanya di dalam syurga itu. Maka menyahut anak bidadari yang bertenun itu, "Betapalah hamba suka pergi ke dunia kerana hamba sedang bertenun." Maka kata Jibrail, "Jikalau mahu engkau mengikut titah Allah, bawalah olehmu akan tenun engkau ini ke dunia." Maka segeralah anak bidadari menggulung tenun itu.

Maka dipalu oranglah di dalam syurga berbagai bunyi-bunyian, gegak gempita azamat bunyinya. Maka segala anak-anak bidadari itu pun menari. Maka anak bidadari itu digu-lungnya tenun itu serta pisau kecil itu, Si Gulandak dipersunting di telinga kanan. Maka berkatalah malaikat kepada anak-anak bidadari, "Bawa olehmu segala pakaianmu ke dunia supaya tahu orang dunia meniru meneladani." Maka bertemulah tanah Rom. Maka diturunkanlah Allah malaikat empat orang dan jadi saksi dan wall mengahwinkan Raja Iskandar itu. Maka dengan takdir Allah, lamalah pula sudah kahwin, maka dikeluarkan Allah Taala unggas dari dalam syurga menentukan silang selanak dalam dunia. Daripada unggas itu ber-olehlah pengajaran segala hamba Allah dalam negeri Rom itu. Sungguhpun unggas tetapi pada batinnya unggas itu malaikat.     

Maka beranaklah Raja Iskandaf Dzulkarnain tiga orang laki-laki ketiga-tiganya. Nan seorang bernama Maharaja Alif, nan seorang bernama Sultan Sri Maharaja Dipang, nan se­orang bernama Sri Maharaja Diraja. Maka apabila sudah baligh ketiga-tiganya, maka memandanglah Daulat Yang Dipertuan ke Masyrik, tentang itu semuanya rantau kita. Dan, Daulat Yang Dipertuan memandang hala ke Maghrib; tentang itu semuanya rantau kita. Dan, memandang pula ia ke selatan; tentang itu semuanya rantau kita. Dan, memandang Daulat Yang Dipertuan ke utara; tentang itu semuanya rantau kita.

Maka bermuafakatlah ketiga-tiga anakanda Iskandar Dzulkarnain, "Ke mana kita akan berjalan?" Maka meman­danglah ia ke Maghrib, tibalah antara laut disabung ombak. Maka hendaklah Daulat Yang Dipertuan akan belayar, maka muafakatlah ketiganya di Pulau Langkawi antara Bukit Siguntang Mahameru ialah dalam Laut Selatan. Maka seorang hendak Mahkota Sanggohani, maka berebutlah ketiganya, maka jatuh-lah mahkota itu ke dalam laut. Maka diperbuat cembul kaca oleh Cati Bilang Pandai, maka dilihatnya emas sejati-jati, maka daripada emas itu diperbuatnyalah Mahkota Sanggohani. Apa­bila mahkota itu siap, tukangnya dibunuh; tidak boleh ditiru lagi.

Maka berasa hairanlah raja nan bertiga. Mereka pun bela­yar. Sri Maharaja Dipang nan jatuh ke benua China, kudanya berpelana emas. Dialah nan kerajaan di benua China. Maka melompat kudanya lalu ke udara. Anakanda Iskandar nan seorang lagi kembali pulang ke tanah Rom. Dialah nan mem punyai cukai tepawi Perancis dan Inggeris dan Belanda, itulah yang memerintah negeri Rom, juga enam puluh ribu negeri yang besar-besar lalu ke tanah Makkah; raja Rom nan mem­ber! makan orang isi negeri Makkah dan Madinah.

Sultan Sri Maharaja Diraja, anakanda bongsu Raja Iskandar Dzulkarnain belayar ke Pulau Jawi enam belas orang serta pengiring anjing yang mualim dan kucing Siam dan harimau Campa. Maka diperoleh perahu kayu jati. Maka dari sana terus belayar dan tiba di Pulau Perca, Pulau Emas. Maka pecahlah perahu itu di seberang, maka muafakatlah angkat-angkat itu kerana takut pada raja. Maka berflkirlah Cati Bilang Pandai akan memperbaiki perahu itu. Maka bertitahlah Dau-lat Yang Dipertuan, "Jika kamu dapat baiki perahu itu kembali seperti asalnya, maka aku ambil kamu jadi menantuku."

Maka sukalah segala yang berakal dalam perahu itu. Maka diperbaiki perahu itu seperti dahulunya. Maka berasa hairan-lah raja. Maka Allah Taala maha kasih akan raja, maka di-jadikan Allah Taala anak empat orang manusia lima dengan anak raja. Maka belayarlah raja ke Pulau Jawi, maka berbalik dari Pulau Jawi kembali ke Gunung Merapi sendirinya. Maka apabila anak itu sudah baligh, maka dinikahkan anak itu lima orang perempuan dengan lima orang lelaki nan perbaiki perahu tadi.                   
            
Maka lamalah antaranya, maka laut itu pun menyentak kering. Maka ditumbuhkan oleh Allah Taala rumpai tiga jalur-nya di atas gunung itu. Sejurai ke Tanah Datar, sejurai ke Lubuk Agam, sejurai ke ranah Lima Puluh. Maka disuruh anak nan lima orang tadi. Seorang ke ranah Tanah Datar ada-lah anak raja; seorang ke Kubang ialah anak anjing tadi; seorang ke ranah Lima Puluh ialah anak kambing tadi; se­orang ke Lubuk Agam ialah anak harimau Campa namanya; dan seorang ke Padang Kota Lawas ialah anak kucing Siam tadi. Maka berilmu raja itu kepada segala alam maka men dapat di Galundi Nan Baselo namanya ialah nan turun ke ranah Tanah Datar. Tatkala itu belum ada lagi Datuk Ketumang-gungan dan Datuk Perpadh Nan Sebatang.

Maka lamalah antaranya, maka kembanglah segala anak raja tadi. Maka dikeluarkan Allah rusa seekor dari dalam laut kepada negeri itu. Maka muafakatlah segala isi negeri akan menangkap rusa itu. Maka bicaralah segala isi negeri itu kepada Datuk Suri Diraja kerana habislah pendapat isi negeri itu. Maka berkatalah Datuk Suri Diraja, "Terlebih mudah menangkap rusa itu. Ambil olehmu rotan sehelai dan perbuatlah jerat. Naik perahu dan jerat tanduknya." Maka dibuatlah seperti kata Datuk Suri Diraja. Maka kena tanduk rusa itu. Maka berkata Datuk Suri Diraja kepada laras, "Helalah bersama-sama." Maka disembelihiah rusa itu.

Maka muafakatlah isi negeri semuanya akan mencari nama yang baik bagi negeri itu. Maka dinamakan Pariangan, Perungan dahulunya. Maka pindahlah pula hulubalang raja ke Batu Gadang. Hulubalang raja itu menyandang pedang panjang. Maka dinamai Cati Bilang Pandai serta Datuk Suri Diraja ialah Paringan Padang Panjang namanya.

Maka muafakatlah semua isi negeri Pariangan Padang Panjang akan menamai penghulu kepada dua negeri itu. Datuk Maharaja Besar menjadi penghulu di Padang Panjang dan Datuk Bendahara Kaya menjadi penghulu di Pariangan. Datuk Maharaja Besar dan Datuk Bendahara Kaya ialah nan gadang masa dahulu sebelum Datuk Ketumanggungan dan Datuk Perpatih Nan Sebatang.

Maka muafakatlah semua isi negeri akan berbuat balai-rung panjang akan tempat Daulat Yang Dipertuan duduk. Maka menitah raja kepada Cati Bilang Pandai akan berbuat balairung panjang itu. Tiangnya teras jelatang, perannya akan lundang, bendulnya teras bayam dan tataran sagar jintan, nan bata buah pulut-pulut, nan pagar tiang jangek tunaa, nan bergendang seliguri, dan nan bercanang sad jajin yang per-buatan si raja jin nan diam di rimba lawang. Maka dikeluar-kanlah caklempong sati (sakti) ialah perbuatan Si Gelembai Tunggal. Maka sukalah hati raja dan penghulu. Maka balai itu dihias pula dengan lapik belalang.